Malaysia vs Palestine (Perlawanan Amal)

on Saturday



pasukan bola sepak Malaysia akan mengada satu perlahwanan bola sepak dengan pasukan Palestine di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 26 Mac ini. Perlahwanan ini adalah hanya satu perlahwanan amal bagi mengutip dana untuk Tabung Bantuan Rakyat Palestin  dan Tabung Wira Negara Lahad Datu.

Menteri  Belia dan Sukan iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, hasil daripada perlawanan antara kedua-dua pasukan akan dibahagikan kepada kedua-dua tabung berkenaan.

Beliau menggesa agar peminat datang beramai-ramai  untuk menyokong usaha murni serta menunjukkan semangat patriotik mereka kepada wira negara yang terbunuh dalam peperangan menentang pengganas Sulu di Lahad Datu.

Katanya lagi, kehadiran peminat juga akan menunjukkan sokongan mereka terhadap rakyat Palestin yang telah ditindas oleh pencerobohan Israel di Gaza.

Sumbangan ini juga dapat untuk membantu keluarga pasukan keselamatan yang kehilangan nyawa mereka apabila bertarung  dengan pengganas Sulu pdi Sabah sejak pencerobohan mereka pada 12 Feb.

“Ini adalah kali pertama Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan perlawan amal” kata Shabery Cheek selepas melancarkan logo “Suara Malaysia, Match For Hope” di kementerian.

Perlawanan akan diadakan pada 8.45 yang dianjurkan oleh kementerian dan Majlis Sukan Negara dan juga dipersetujui oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia manakala tiket akan dijual pada harga  Rm150 untuk grandstand, RM20 untuk terrace dan RM 10 untuk kanak-kanak.
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Bagus..ada juga amaaallll...


23 March 2013 at 12:53

Post a Comment

 
© Blog Mokeen All Rights Reserved