Kenal Tak Semestinya Cinta

on Tuesday


benda yang paling membimbangkan aku bukanlah prestasi semasa skuad Harimau Malaya tapi KE MANA HILANGNYA IDEA RAJAGOBAL?? kat bawah ni aku akan cakap kenapa aku cakap macam ni.


semua orang tahu dan nampak apa yang RG eksperimenkan dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ni. semua orang tahu yang RG eksperimenkan ramai pemain untuk menjadikan 'pool of players' lebih banyak dengan ini dijangkakan bakal memberi saingan sengit kepada yang dah berada dalam skuad Harimau Malaya sebelum ni.  tapiTAHUKAH ANDA YANG RG SIKIT PUN TAK PERNAH EKSPERIMENKAN FORMASI SKUAD HARIMAU MALAYA???

kenapa dia tak cuba eksperimenkan formasi kita? tu aku pun taktau, yang aku tau dan pasti, RG adalah seorang yang sangat 'RIGID'. sama ada kita tengah mendahului atau ketinggalan dia tak pernah cuba untuk mempelbagaikan formasi skuad Harimau Malaya. idea untuk bereksperimenkan pemain pemain yang ada dalam Malaysia ni adalah sesuatu yang baik walaupun ada ketikanya kita meragui tentang pemilihan pemain-pemain dia, tapi bukankahFORMASI tu adalah satu sistem yang menghubungkan pemain-pemain dalam sukan bola sepak ni. tanpa sistem yang baik, prestasi sesebuah pasukan bola sepak pastinya merudum. mereka tidak akan dapat menunjukkan permainan sebenar mereka.

jadi apa kesalahan RG kat sini? bukannya aku nak cakap yang formasi 4-4-2 Harimau Malaya gunakan ni, tidak boleh diguna pakai tapi di mana PLAN B RG??? adakah plan B RG hanyalah mengharapkan sentuhan ajaib pemain-pemain yang akan ditukarkannya sahaja?? kalau itulah yang dia fikirkan, maaf anda bukanlah seorang pengurus yang baik. bagi aku, tukar formasi adalah asas bagi seorang pengurus dan asas kepada pelan kedua setiap-tiap pasukan.

bagi contohlah, senang sket nak faham. Sir Alex Ferguson, pengurus pasukan Manchester United mempunyai fahaman yang sangat 'rigid' tentang pemain sayap. selama dia mengurus pasukan Manchester United, pemain pemain sayap adalah komponen penting dalam fahaman bola sepak dia. jadi untuk mempelbagaikan variasi sistem yang memaksimumkan penggunaan pemain pemain sayap, dia sentiasa mengubah-ubah formasi dia antara 4-4-2 dan 4-5-1. kenapa? sebagai seorang pengurus yang baik, dia perlulah tahu perlawanan yang manakah sesuai untuk setiap perlawanan. walaupun ada masanya dia taktau formasi mana yang sesuai sebelum perlawanan tapi mengikut keadaan semasa, dia akan mengubah mengikut kesesuaian. inilah dinamakan PLAN B setiap pasukan.

Kesimpulannya di sini, aku jelas dan pasti yang RG dah kehilangan idea bagaimana hendak memenangi sesebuah perlawanan. nampak sangat yang tidak banyak RG fikirkan dalam kepalanya untuk membantu skuad kebangsaan.


Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

safik said...

FAM BANGSAT, FAM BANGSAT!!!!


24 July 2013 at 05:34
Anonymous said...

kena diingatkan,formasi 4-4-2 dalam kertas bukan semestinya itu formasi yang akan digunakan dalam sesuatu game.sbg contoh modern game dalam kertas formasi selalunya 4-4-2 tp berubah ketika dalam game.


24 July 2013 at 07:33

Post a Comment

 
© Blog Mokeen All Rights Reserved