Apple Mengeluarkan iOS 7 Beta 3, Apa Yang Menarik?

on Tuesday

screen-shot-2013-07-08-at-10-01-26-am
Apple baru sahaja mengeluarkan iOS 7 Beta 3 untuk para pembangun sebentar tadi. Kemaskini Beta 2 sebelum ini membawakan fungsi Voice Memo dan sokongan untuk iPad.
Beta 3 boleh dikemaskini daripada ‘software update’ di dalam setting jika anda sudahpun menggunakan Beta 2. Untuk iPhone 5, saiz kemaskini Beta 3 adalah sebesar 214MB.
Beta 3 secara keseluruhan lebih laju dan banyak masalah sebelum ini telah diperbaiki. Antara perubahan yang dapat dilihat di dalam Beta 3 ini adalah
1) Status Bar pada Lockscreen kini lebih besar dan jelas.
screen-shot-2013-07-08-at-10-28-41-am
2) Folders kini lebih transparent.
screen-shot-2013-07-08-at-10-29-05-am
3) Sedikit perubahan grafik pada Notification Center.
4) Aplikasi kalendar kini menunjukkan hari apa yang mempunyai aktiviti.
5) Fonts (tulisan) serba baru di dalam aplikasi Weather dan Setting.
6) Kemaskini ikon di dalam Control Center.
7) Music Control kini dengan design yang baru.
8) Animasi loading yang baru ketika memuat turun aplikasi.
screen-shot-2013-07-08-at-10-48-04-am
9) Fungsi Wifi Diagnostic yang baru.
10) Fungsi dictionary kini diaktifkan.
Banyak lagi kemaskini kecil yang dapat dilihat akan kami kemaskini kemudian. iOS 7 versi akhir dijangka akan dilepaskan kepada umum pada bulan September ini.
Rumusan:
Faster and more reliable than previous releases (of course)
Minor UI changes in Notification Center (new font)
Minor UI changes in Music app (new font)
Minor UI changes in Weather app (new font)
Larger status bar items on Lock screen
Calendar app now shows scheduled events on monthly view
New search bar and pull-to-refresh animation in Mail app
Folders now appear more transparent
New icon animations when downloading an app
New font in Settings app
New font and font color in Messages app
New animation when accessing Spotlight search
Minor UI tweaks in Safari search (new keyboard for unibar search)
You can now use apps while they’re updating
Lock screen now shows clock while playing a song
New animation when compressing video to be shared
.com key in Safari’s unibar keyboard is finally gone
New Top Charts icon in the App Store
Boot up no longer shows spinning wheel
Brightness and Wallpaper page have been updated with iOS 7 UI
Now Playing track now displayed fully in Music app
You can now pinch-to-zoom in Music app while in landscape mode
Sumber : 9to5Mac & Oh! Geekz

Apple Memfailkan Paten Untuk Peranti Dengan Paparan Skrin Melengkung

on Sunday


Beberapa kali sebelum ini beberapa pengeluar skrin telah memperlihatkan peranti dengan skrin melengkung dan juga fleksibel. Kini, dalam permohonan paten terbaru daripada Apple, kelihatan gergasi perkomputeran tersebut turut sama berkemungkinan merancang sesuatu menggunakannya.
iPhone Melengkung
Daripada apa yang difailkan, ia kelihatan Apple memperlihatkan peranti yang membawakan skrin paparan sepenuhnya pada peranti berkenaan, dimana berkemungkinan melaluinya ia akan memaparkan informasi pada sekeliling peranti.
Ia juga turut diperkatakan, melaluinya gambar dan juga video boleh dipaparkan dengan kaedah lebih menarik berbanding sedia ada.
Walaubagaimanapun, ia hanya sekadar paten sahaja buat masa ini, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan direalisasikan dan dipasarkan kepada pengguna ataupun sebaliknya.
SUMBER RUJUKAN: TECHCRUNCH

Apple Dijangka Melancarkan “iPhone 5S” Pada Bulan Jun



Hanya 9 bulan selepas pengenalan iPhone 5Ura-ura dan desas-desus mengenai iPhone generasi baru, ataupun turut dikenali sebagai iPhone 5S bukanlah sesuatu yang baru. Mengikut apa yang kedengaran hari ini, ia dikatakan peranti berkenaan bakal diperkenalkan seawal 20 Jun kelak.
Daripada apa yang dilaporkan MacFan, ia dikatakan iPhone 5S ini kelak akan mula dijual pada bulan Julai kelak. Ramai penganalisa turut mengatakan peranti tersebut berkemungkinan akan hadir seawal bulan Jun sebelum ini.
Buat masa ini, apakah yang bakal disertakan pada iPhone generasi baru masih tidak diketahui. Ramai pengguna iPhone yang menantikan kemaskini dari segi antaramuka untuk iOS 7.0, disamping mungkin kita akan melihat kemaskini spesifikasi pada peranti berkenaan.
Adakah ia akan dilancarkan ataupun sebaliknya pada tarikh berkenaan, masih menjadi tanda tanya, dan tidak diketahui lagi buat masa ini.
Apa pun, semestinya sekiranya Apple mengekalkan tarikh pelancaran sekitar bulan September seperti sebelum ini, ia akan memberikan peluang kepada pesaing terdekat mereka – Samsung, untuk terus menguasai pasaran melalui peranti terbaru mereka, Samsung Galaxy S4.
Sebelum ini, pada tahun lepas, Apple turut sama memperkenalkan kemaskini untuk iPad dalam tempoh masa kurang setahun, sekaligus menjadikan ramai membuat ramalan dan spekulasi dimana iPhone baru turut sama akan hadir dalam masa beberapa bulan lagi.
Sumber - Cnet
 
© Blog Mokeen All Rights Reserved