Apple Memfailkan Paten Untuk Peranti Dengan Paparan Skrin Melengkung

on Sunday


Beberapa kali sebelum ini beberapa pengeluar skrin telah memperlihatkan peranti dengan skrin melengkung dan juga fleksibel. Kini, dalam permohonan paten terbaru daripada Apple, kelihatan gergasi perkomputeran tersebut turut sama berkemungkinan merancang sesuatu menggunakannya.
iPhone Melengkung
Daripada apa yang difailkan, ia kelihatan Apple memperlihatkan peranti yang membawakan skrin paparan sepenuhnya pada peranti berkenaan, dimana berkemungkinan melaluinya ia akan memaparkan informasi pada sekeliling peranti.
Ia juga turut diperkatakan, melaluinya gambar dan juga video boleh dipaparkan dengan kaedah lebih menarik berbanding sedia ada.
Walaubagaimanapun, ia hanya sekadar paten sahaja buat masa ini, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan direalisasikan dan dipasarkan kepada pengguna ataupun sebaliknya.
SUMBER RUJUKAN: TECHCRUNCH
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Blog Mokeen All Rights Reserved