Mengapa 45 Minit Dalam Bolasepak ?

on Monday


EPL Festival 2011
Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima. Dia menjawab….”Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah…
Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai “2 biji bola” dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang. Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 biji bola = minit.
Masuk akal?
Kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit…itu adalah “bola referee”! haha
Tetapi kalau gadis-gadis pula yang main bola camne? =P
Kredit : Wan Gerrard

Apple Memfailkan Paten Untuk Peranti Dengan Paparan Skrin Melengkung

on Sunday


Beberapa kali sebelum ini beberapa pengeluar skrin telah memperlihatkan peranti dengan skrin melengkung dan juga fleksibel. Kini, dalam permohonan paten terbaru daripada Apple, kelihatan gergasi perkomputeran tersebut turut sama berkemungkinan merancang sesuatu menggunakannya.
iPhone Melengkung
Daripada apa yang difailkan, ia kelihatan Apple memperlihatkan peranti yang membawakan skrin paparan sepenuhnya pada peranti berkenaan, dimana berkemungkinan melaluinya ia akan memaparkan informasi pada sekeliling peranti.
Ia juga turut diperkatakan, melaluinya gambar dan juga video boleh dipaparkan dengan kaedah lebih menarik berbanding sedia ada.
Walaubagaimanapun, ia hanya sekadar paten sahaja buat masa ini, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan direalisasikan dan dipasarkan kepada pengguna ataupun sebaliknya.
SUMBER RUJUKAN: TECHCRUNCH

Apple Dijangka Melancarkan “iPhone 5S” Pada Bulan Jun



Hanya 9 bulan selepas pengenalan iPhone 5Ura-ura dan desas-desus mengenai iPhone generasi baru, ataupun turut dikenali sebagai iPhone 5S bukanlah sesuatu yang baru. Mengikut apa yang kedengaran hari ini, ia dikatakan peranti berkenaan bakal diperkenalkan seawal 20 Jun kelak.
Daripada apa yang dilaporkan MacFan, ia dikatakan iPhone 5S ini kelak akan mula dijual pada bulan Julai kelak. Ramai penganalisa turut mengatakan peranti tersebut berkemungkinan akan hadir seawal bulan Jun sebelum ini.
Buat masa ini, apakah yang bakal disertakan pada iPhone generasi baru masih tidak diketahui. Ramai pengguna iPhone yang menantikan kemaskini dari segi antaramuka untuk iOS 7.0, disamping mungkin kita akan melihat kemaskini spesifikasi pada peranti berkenaan.
Adakah ia akan dilancarkan ataupun sebaliknya pada tarikh berkenaan, masih menjadi tanda tanya, dan tidak diketahui lagi buat masa ini.
Apa pun, semestinya sekiranya Apple mengekalkan tarikh pelancaran sekitar bulan September seperti sebelum ini, ia akan memberikan peluang kepada pesaing terdekat mereka – Samsung, untuk terus menguasai pasaran melalui peranti terbaru mereka, Samsung Galaxy S4.
Sebelum ini, pada tahun lepas, Apple turut sama memperkenalkan kemaskini untuk iPad dalam tempoh masa kurang setahun, sekaligus menjadikan ramai membuat ramalan dan spekulasi dimana iPhone baru turut sama akan hadir dalam masa beberapa bulan lagi.
Sumber - Cnet

Iklan Bolasepak Antara yang terbaik di Dunia !

on Thursday

Kali ni aku nak kongsi video Iklan bolasepak antara yang terbai, apa kata kita imbas kembali beberapa video iklan yang berkaitan dengan bolasepak dan pastinya ada yang akan menggamit kenangan.


Iklan diatas dibuat bersempena dengan kejohanan Piala Dunia 2002 yang berlangsung di Asia (korea & Jepun) untuk pertama kali dalam sejarah FIFA. Diakhir video menyaksikan lagenda Arsenal, Thierry Henry menanduk bola dengan trick yang menarik!


Diatas pula ialah iklan Henry menunjukkan skillnya di dalam ruang rumah sambil beberapa pemain ternama mengisi imaginasinya.. 


Ini pula iklan perlawanan Brazil menentang Portugal.. sangat menarik! Korang ada iklan lain yang menarik untuk dikongsikan?

[HIGHLIGHTS] A Match of Hope - Malaysia vs Palestin (0-2) - 28 MAC 2013

on Wednesday

Semua sedia maklum semalam adalah hari istimewa bagi rakyat Plestine dan Malaysia kerana ada satu perlawan amal yang dianjurkan di Stadium Darul Makmur Pilihan Malaysia vs Pilihan Palestine yang diberi nama 'Match For Hope'...Yang bertujuan untuk mengutip dana untuk Tabung Bantuan Rakyat Palestin dan Tabung Wira Negara Lahad Datu di Stadium 

Alhamdullilah duit sumbangan mencecah lebih 1 Juta, Belum termasuk jualan tiket Rm910 Ribu ringgit hasil sumbangan daripada Syarikat-syarikat swasta..







40" - Khaled Salem [0-1]
91" - Ashraf Al-Fawaghra [0-2]

Tragedi 1313: Pengalaman Ngeri Ditetak Pengganas Sulu

on Monday




Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan ianya perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.




Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakkan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.


Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikorek mata jasad yang terbujur kaku itu.Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.


Dia bernasih baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. Ke dua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim.


Sumber - X DOT COM

Basikal Lamborghini Berharga RM102,000!

on Saturday

Sempena menyambut ulangtahun yg ke 50, Lamborghini telah mengeluarkan sebuah basikal BMC road bike edisi terhad yang diperbuat dari carbon untuk rangkanya dan custom paint job khas bertema Lamborghini. 

Hanya 50 buah basikal ini akan dijual diseluruh dunia dan setiap satunya berharga 25,000 Euro bermakna lebih kurang RM102,000.






















 
© Blog Mokeen All Rights Reserved