Tragedi 1313: Pengalaman Ngeri Ditetak Pengganas Sulu

on Monday




Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan ianya perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.




Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakkan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.


Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikorek mata jasad yang terbujur kaku itu.Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.


Dia bernasih baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. Ke dua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim.


Sumber - X DOT COM

Basikal Lamborghini Berharga RM102,000!

on Saturday

Sempena menyambut ulangtahun yg ke 50, Lamborghini telah mengeluarkan sebuah basikal BMC road bike edisi terhad yang diperbuat dari carbon untuk rangkanya dan custom paint job khas bertema Lamborghini. 

Hanya 50 buah basikal ini akan dijual diseluruh dunia dan setiap satunya berharga 25,000 Euro bermakna lebih kurang RM102,000.






















[VIDEO] Malaysia [2-1] Yemen.. Detik kemenang Malaysia !

Malam ini pastii adalah malam yang boleh membuatkan penyokong setia Harimau Malaya mimpi 'Nyenyak' selepas Malaysia kalahkan Yemen dua satu hasil jaringan Azamuddin akil minit 26 dan Khyreel muhaimeen pada babak akhir perlawanan walaupun pada mulanya malaysia ketinggalan selepas Gol mudah oleh pemain sayap yemen berjesi no 10..
                               Meen meraikan Golnya

Jom kita imbas kembali gol perlawanan tadi..




P/S : Haters KingGopal mesti sentap kan ? tiada lagi alasan untuk pecat dia..Piya dia sudah ambil..kemenangan pon sudah diberi..

Volkswegen bettle semakin 'mahal'

on Friday


Entri kali ni aku nak cerita pasal kereta plak, hehe..mesti korang pernah tengok atau dengar kereta Volkwegen model Bettle tahun 70-80an kan ? 


Volkswegen Bettle tahun 80an

Apa yang aku nak ceritakan adalah harga kereta ni, Harga bagi Second hand sekarang dalam 6k-15k kan ? tapi mesti korang tak tahu harga baru pada zaman 70an kan ? harga dulu RM7990..tapi sekarang second lebih mahal lak..ttapi sesuai dah dengan pendapatan orang dulu..


Orang dulu gaji noreh getah Rm2.50sen je sehari kot..hehe

P/S : Tapi kalau tengok pic kereta ni lama2 mcm cumil plak koz kelihatan ols school ^^

Presiden 'termiskin' dunia


Presiden or perdana menteri ni selalunya di kaitkan dengan kekayaan. Mana tak nya, gaji diorang pon boleh tahan besarnya. Rumah best, kereta best. 
Tapi ada sorang presiden ni, tak se kaya presiden-presiden masa kini.
Kenapa? 


Di Uruguay , Presiden Jose Mujica, mendapat gelaran unik iaitu "Presiden Termiskin" sebab dia ni terlalu baik hati dan besederhana. Dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya untuk rakyat negara tu. Pergh.

 Menurut sebuah paper area-area sini , dia ni dapat gaji AS$12,500 (convert=RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (convert=RM4,575) untuk kegunaan dia sendiri. 

Katanya(translate) : 
"Ala, gaji banyak-banyak sangat pon buat apa, ini pon udah cukup utk saya dan keluarga makan, boleh la..barang-barang kat sini pon bukan mahal sangat" 


Apakah dia dan keluarganya tinggal di rumah mewah ? Jawapannya , pasangan suami isteri itu menetap di sebuah rumah petani di Montevideo dan memiliki seunit kereta Volkswagen Beetle bernilai kira-kira RM6,000(nego). 

p/s: kalau macam ni la menteri-menteri kat negara kita, Alhamdulillah,.InsyaAllah makin berkurang la rakyat-rakyat yang miskin.
 
© Blog Mokeen All Rights Reserved