11 manusia dengan organ terbesar di dunia

on Sunday


Manusia mempunyai bahagian tubuh yang normal dalam ukuran yang normal, namun bagaimana jika salah satu bahagian tersebut besar dan panjang? Pasti akan menjadi suatu keistimewaan dan menjadi perhatian di mata masyarakat.
1. Stephen Taylor – lidah terpanjang di dunia
Deria rasa yang lazimnya kita miliki biasanya hanya sepanjang 5 hingga 6 sentimeter. Rekod lidah terpanjang di dunia dipegang oleh lelaki warganegara England bernama Stephen Taylor.
Beliau mempunyai lidah sepanjang 9,5 sentimeter dari hujung sehingga bahagian tengah lidah dalam keadaan mulut tertutup. Stephen menerima gelaran tersebut dalam acara ‘Lo Show dei Record’ di Milan, Itali pada 5 Januari 2006 yang lalu dan hingga sekarang ini belum ada yang berjaya memecahkan rekod tersebut.
2. Francisco Domingo Joaquim – mulut terbesar di dunia
Francisco Domingo Joaquim dari Sambizanga di Angola telah dianugerahi gelaran manusia dengan mulut terlebar di dunia. Dengan demikian Francisco Domingo Joaquim boleh juga menjadi manusia dengan mulut dan rahang terlebar di dunia.
Lelaki yang lebih popular dikenali dengan nama Chiquinho ini menyertai pertandingan mulut terbesar di dunia di Roma, Itali. Susah untuk dibayangkan sebuah tin minuman softdrink boleh dimasukan sepenuhnya dalam mulut lelaki yang berusia 20 tahun ini.
3. Mehmet Ozyurek – hidung terbesar di dunia
Semasa pertandingan hidung terbesar di dunia tahun 2005, Mehmet Ozyurek dari Turki tercatat mempunyai hidung terbesar di dunia dengan rekod 8.8 cm. Hujung hidung sahaja mencapai 3,5 cm.
4. Kim Goodman – mata terbesar di dunia
Namanya adalah Kim Goodman. Kim Goodman adalah seorang wanita yang mampu menonjolkan matanya keluar dari rongga mata sepanjang 12 milimeter (0,47 inci). Dia memegang rekod dunia untuk penonjolan bola mata paling jauh.
Beliau tinggal di Chicago, Illinois. Kim mengetahui bakatnya ini suatu hari ketika ia menerima pukulan di kepala dengan kayu hoki. Bola matanya melompat keluar lebih jauh daripada biasanya dan sejak hari itu dia boleh menonjolkannya dalam keadaan sedar, dan juga ketika ia menguap.
5. Leonard Traenkenschuh – alis mata terpanjang di dunia
Leonard Traenkenschuh dari Port Townsend, Washington, mempunya 3 setengah inci alis mata (dan masih terus memanjang). Untai terpanjangnya adalah 3 ½ inci.
“Saya tidak bertujuan untuk menyimpannya untuk memecahkan rekod,” ujar lelaki yang tinggal di Port Townsend sejak tahun 1980 dan bekerja di rumah sakit sebagai petugas transkripsi catatan perubatan.
“Ini baru saja terjadi.” Leonard, 56 tahun, bukan orang yang sangat berbulu. Dia tidak punya janggut dan tidak memiliki jambang tebal atau bermisai. “Saya hanya ada alis mata subur,” katanya.

6. Badamsinh Juwansinh Gurjar – misai terpanjang di dunia
Misai selalu menjadi bahagian penting dalam kehidupan lelaki. Beberapa dari mereka sangat berdedikasi dan bangga dengan misai, mereka akan sangat kecewa jika mereka kehilangan misai.
Bagi sesetengah lelaki misai adalah lambang kehormatan dan kelelakian. Beberapa dari mereka percaya bahawa mereka akan ditolak tanpa misai. Misai atau rambut wajah adalah sesuatu yang tumbuh selama bertahun-tahun dengan banyak perhatian dan kesabaran.

7. Sarwan Singh – janggut terpanjang di dunia
Rekod dunia janggut terpanjang dipegang oleh seorang lelaki bernama Sarwan Singh. Semasa satu upacara yang berlangsung di Surrey, Columbia, England. Singh mengukur panjang janggut yang dimilikinya.
Dia menginginkan panjang janggut yang ia miliki boleh memecahkan rekod Guiness Book Of Records. Setelah diukur, janggut Singh mempunyai panjang 189,5 cm dan memecah rekod dunia.

8. Radhakant Bajpai – bulu cuping telingga terpanjang di dunia
Radhakant Bajpai, 50 tahun, mempunyai berhelai-helai rambut di telinga yang terbit keluar dari telinganya. Guinness Book kemudian mencatatnya setelah mendapat pengesahan dari doktor R.P. Gupta, penguji kedoktoran.
Ketika tercatat dalam Buku Guinness tahun 2003, panjang bulu telinganya 13.2 cm (5.19 inci.) Pada masa ini panjang bulu telinga Radhakant Bajpai sudah mencapai kira-kira 25 cm
.
9. Chenq Shiquin – rambut terpanjang di dunia
Chenq Shiquin, wanita berasal dari Guangxi Cina mempunyai rambut dengan panjangnya mencapai 18 fit (atau lebih kurang 6 meter) pada tahun 2004. Dia mulai menyimpan rambutnya dari umur 13 tahun. Khabarnya beliau memiliki salon kecantikan sendiri.
10. Andre The Giant – kepala terbesar di dunia
http://www.wrestlingvalley.org/wp-content/uploads/2009/12/Andre-The-Giant2.jpg
Ahli gusti ini benar-benar luar biasa. Andre The Giant merupakan salah seorang ahli gusti dengan kepala terbesar dan disegani sepanjang sejarah WWE Smackdown. Andre mempunyai tinggi lebih dari 7 kaki dan 4 inch (2,24 meter) serta berat badan 520 pound (260kg).
Andre The Giant merupakan WWE Hall of Famer kerana pertandingan melibatkannya berlaku di kejohanan besar seperti melawan Hulk Hogan. Seperti Big Show, Andre mengidap sindrom Acromegaly, yang mengakibatkan badannya membesar sangat cepat. Acromegaly sendiri berhubungan dengan Gigantisme.

11. Greg Valentino – otot bisep terbesar di dunia
Greg Valentino adalah seorang ahli bina badan yang mempunyai ukuran bisep terbesar di dunia. Ia mulai latihan mengangkat beban pada usia 14 tahun. Ukuran bisepnya sekarang mencapai 28 inci (70 cm), dan ia dapat melakukan bicep curl seberat 300 lbs (136 kg).
Sayangnya untuk mendapatkan otot bisep sebesar itu, Greg telah menggunakan banyak steroid. Ia mengakui hal tersebut pada tulisannya, “Ramblin Freak, the biggest biceps in the world”, di majalah Muscle Development.

P/S : No 3 tu Zizan Ke ? Kahkahkah
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Aidil Zafuan said...

Kembar zizan, kahkahkah


31 March 2013 at 14:01

Post a Comment

 
© Blog Mokeen All Rights Reserved